Orang Melayu semua adalah sama adanya, tiadalah tersekat oleh merah atau birunya darah. Namun diantara kehebatan puak Melayu ialah Mempunyai adab bersantun dalam bahasa, yang indah dan mampu menaut hati.
Dahulu ada Kosa Kata Bahasa Melayu yang dipergunakan terbatas dalam berbicara dengan kaum bangsawan Melayu.
Berikut beberapa kata dan padan kata yang saya bagi untuk memulangkan ingatan kita akan kayanya bahasa bersantun orang kita terhadap kaum bangsawan di masanya.
Contoh beberapa kata dan padan kata:
1. Bersantap = Makan dan minum
(Contoh pemakaian:
“Sila bersantap , Tengku”.
Bangsawan boleh menjawab:
“Terimakasih, Daku baharu lepas makan”).
2. Beradu = Tidur
3. Bersiram = Mandi
4. Gering = Sakit
5. Surai = Rambut
6. Patik = saya (diucapkan rakyat menghadap bangsawan)
7. Mengerak sila = Bangkit dari tempat untuk pulang.
8. Junjung kasih = Terimakasih
9. Kurang periksa = Tak tahu; tak faham; ‘kurang periksa’ adalah padan kata yang sopan, namun masih lebih sopan padan kata ‘kurang cerap’.
10. Ku = Ya, digunakan oleh orang kebanyakan kepada Raja untuk menyatakan Ya atau menyetujui ucapan.
11. Ampun kurnia = maaf
12. Anugerah/kurnia = beri; hadiah
13. mencemar duli = berjalan; pergi ke
14. berkenan = sudi; suka akan
15. Beta = Saya, dipakai oleh Sultan, Raja Muda, Raja dan isteri gahara baginda masing-masing dalam tulisan atau pertuturan kepada rakyat. Jika diluar itu memakai kata Beta, berarti menunjukkan kesombongan diri, keakuan, atau bahasa dalam tulisan sastra saja.
16. Hari keputeraan = Ulang Tahun.
17. Hulu = kepala.
18. Iram-iram = Payung.
19. Kaus = kasut dll.
20. Menghadap = menjumpai.
21. Murka = marah.
22. Peraduan = tempat tidur; katil.
23. Semayam = bertempat tinggal.
24. Sembah = memberi salam.
25. Ayap = Makan atau minum (digunakan berkaitan dgn orang biasa), lawan santap (digunakan bagi raja).
26. Ayapan = Makanan (diberi oleh raja kepada orang biasa).
27. Berair-= Basuh tangan sebelum menjamah makanan.
28. Beranggar = tempat duduk sementara
29. Berasa = Sakit (digunakan khas kepada putera-puteri yang kecil)
30. Berasa ulu = Sakit kepala.
31. Berputera = bersalin atau beranak.
32. Disemadi = dikebumi.
33. Duli Tuanku- debu, habuk di bawah tapak kaki Raja, sesuatu perkara yang hendak disampaikan kepada Paduka Seri Sultan, Raja Muda, Raja Di Hilir dan isteri gahara baginda.
34. Kecerapan = Keterangan.
35. Kurang cerap = kurang periksa atau tidak tahu
36. Pacal = hamba kpd raja; kata ganti nama diri pertama apabila berkata-kata dgn raja; lebih rendah dari patik.
37. Rimbit = Mengandung atau hamil.
38. Seberhana = Sepasang.
39. Seperanak nasi = Setengah jam.
40. Sepiak pinang = Sebentar lagi.
*M Muhar Omtatok
Tidak ada komentar:
Posting Komentar