Senin, 19 Oktober 2009

M MUHAR OMTATOK BERPANTUN ...



“Ampun Patik beribu ampun
Sembah Patik harap diampun
Menghadap Tuan orang nan santun
Puak Melayu kita berhimpun”






“Jaka Dara puak Melayu
Berpakaian elok berparas bangsawan
Jikalau menurut resam Melayu
Tabiat elok hati tertawan”




“Pelaminan bertingkat tebukan kayu
Adapun juga disebut peteraana
Usah dibuang petuah Melayu
JIka tak hendak hidup merana”




“Inilah Sumpah Puak Melayu:
Mempertahankan kepentingan & hak Melayu
Mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu
Memperjuangkan ikhtisad & pelajaran bangsa Melayu
Mempertahan maruah supaya aman sejahtera selalu”




“Budak betandang sambil menebuk
Budak bertandak berkain panjang
Adat pinang pulang ke tampuk
Adat sirih pulang ke gagang”





“Adalah kayu ditebuk tekat
Daun purun anyamkan tikar
Bahasa Melayu, bahasa beradat
Santun terujar, elok terdengar”




“Urat mana yang kita cencang
Urat kayu di tengah laman
Adat mana yang kita pegang
Adat Melayu zaman berzaman”




“Gambus mana yang kita pegang
Gambus jati bergagang kayu
Adat mana yang kita pegang
Adat jati orang melayu”




“Kuat kayu bercabang besar
Pucuknya tinggi akar melilit
Adat Melayu dibentang lebar
Menutupi bumi dengan langit”

3 komentar:

Siti Norfairus fajillah mengatakan...

assalamualaikum....
nama saya mohamad khairi manasor..
disini saya memerlukan bantuan bapak..
untuk mencari salasialah keluarga saya,yang mana saya tahu berasal dari sumatera..daripada cerita yang arwah nenek saya bagitahu arwah bapanya berasal dari keluarga diraja disana, yang merantau ke malaysia.Nama yang di sebagai TENGKU MUHAMAAD JAMIN BIN TENGKU MUDA.Dan dimaklumkan juga berasal dari PEKAN BARU.Diharap jika bapak memiliki maklumat yang diperlukan dapat email kepada saya.

afrizal spd mengatakan...

Terima kasih..banyak memberi pengetahuan

afrizal spd mengatakan...

Terima kasih..banyak memberi pengetahuan