Jumat, 28 Maret 2014

KERIS - Regalia & Senjata MELAYU


Asal-usul keris belum sepenuhnya terjelaskan karena tidak ada sumber tertulis yang deskriptif mengenainya dari masa sebelum abad ke-15, meskipun penyebutan istilah "keris" telah tercantum pada prasasti dari abad ke-9 Masehi. Kajian ilmiah perkembangan bentuk keris kebanyakan didasarkan pada analisis figur di relief bangunan kuno atau berhala. Sementara itu, pengetahuan mengenai fungsi keris dapat dilacak dari beberapa prasasti dan laporan-laporan penjelajah asing ke Nusantara, seperti gambar beberapa keris oleh John Anderson saat berkunjung ke Deli dan Sumatera Timur lainnya pada 1823.

Senjata tikam ini secara umum berujung runcing dan tajam pada kedua sisinya, walau banyak juga yang berbentuk berbeda, dengan banyak fungsi budaya yang dikenal di kawasan Nusantara bagian barat dan tengah. Banyak di antaranya memiliki pamor (damascene), yaitu terlihat serat-serat lapisan logam cerah pada helai bilah. Pada masa lalu keris berfungsi sebagai regalia kuasa, senjata dalam peperangan, sekaligus sebagai benda pelengkap ritual. Pada penggunaan masa kini, keris lebih merupakan benda ageman dalam berbusana, memiliki sejumlah simbol budaya, atau menjadi benda koleksi yang dinilai dari segi estetika.
Keris sebagai senjata pendek austronesia ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu.


Nama yang digunakan untuk keris berbeda mengikut daerah. Dalam bahasa Jawa Kuno, Keris disebut Malang Kerik yang bermaksud bercekak pinggang. Ini merujuk kepada figura orang bercekak pinggang pada hulu keris pada awalnya.

Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu berpencak silat) dan sebagai alat kebesara diraja (Regalia). Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris Melayu purba telah digunakan antara abad ke IX dan XIV. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan  kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan menlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.


Bahagian-bahagian keris menurut kaidah melayu, adalah:       

  •  Aring -- Kerawang di pangkal mata keris,
  • Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus,
  • Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas,
  • Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris),
  • Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris,  
  • Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris),
  • Dagu keris -- Hujung ganja keris, Gandik -- Perhiasan pada hulu keris
  • Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya – yang terdiri: Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya,  Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
  • Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor,

  • Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris),
  • Landaian -- Hulu keris,
  • Kelok -- liku pada mata keris,
  • Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi,
  • Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya,
  • Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris,
  • Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. Kedongkok. Pemendak,
  • Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).Terapan,
  • Penongkok -- Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris,
  • Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain),
  • Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali, Warangka (Jawa),
  •  Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk me­nguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin,
  • Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan),[



  • Tuli-tuli -- Sejenis tali (daripada benang sutera, emas, perak, rotan, dan lain-lain) untuk melekatkan sarung keris pada tali pinggang,
  • Secara umum, jenis keris Melayu, adalah:

    ·         Keris (anak) alang -- Keris yang sederhana panjang bilahnya.
    ·         Keris (hulu) pekaka -- Sejenis keris dari Patani (hulunya berbentuk kepala burung pekaka).
    ·         Keris alang -- Keris yang sedang atau sederhana panjangnya.
    ·         Keris berapit -- Keris yang pada sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak.
    ·          Keris berlok (berkeluk) -- Keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya. ·         Keris cerita -- Keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih.
    ·         Keris ganja seiras -- Keris sepukal (keris yang hulu dan matanya dibuat daripada besi yang satu).
    ·         Keris harubi / Keris merubi / Keris bawang sebungkul -- Sejenis keris yang berhulukan emas (khas untuk raja-raja).
    ·         Keris kalamisani -- merip keris Jawa (yang lebar, lurus dan berkeluk-keluk di pangkalnya). ·         Keris melela -- Keris yang tidak berpamor
    ·         Keris pandak (pendek) -- Keris yang pendek bilahnya.
    ·         Keris panjang -- Keris yang panjang bilahnya.·         Keris parung -- Sari keris yang berlok-lok dan berbentuk ular
    ·         Keris parung sari -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.
    ·         Keris pasupati -- Sejenis keris. ·         Keris pendawa -- Sejenis keris. ·         Keris pendua -- Keris yang digunakan sebagai keris cadangan/pendamping (bukan keris utama).
    ·         Keris penyalang / Keris salang -- Keris yang digunakan untuk menyalang (sebagai menjalankan hukuman bunuh). ·         Keris sempana -- Keris yang bilahnya berkeluk tujuh atau kurang. ·         Keris sempena -- Keris yang berlok tiga (lima, tujuh). ·         Keris sepungal -- a) keris ganja iras; b) keris yang lurus matanya atau bilahnya (bukan keris yang berlok).]·         Keris sundang -- Sejenis keris yang lebar bilahnya seperti bilah pedang.
    ·         Keris tempa -- Keris buatan, misalnya Keris tempa padang (keris buatan tebing tinggi)..·         Keris teterapan -- Keris yang beralur panjang di tengah-tengah bilahnya.
    ·         Keris wasiat -- Keris pusaka peninggalan moyang.
    ·          Petaram -- (sastera lama) Sejenis keris kecil yang dipakai oleh perem­puan.
    ·          Senderik -- Sejenis keris pendek.*(M Muhar Omtatok)



    1 komentar:

    Datoex Lutfie mengatakan...

    Assalamualaikum,
    Maaf saya mau tanya apakah keris diatas juga dijual ato bisa dipesan.
    Terimakasih.

    Salam tuan.