Kamis, 23 Oktober 2014

Ikrar Puak Melayu


Usul Menunjuk Asal


Meninggikan orang lain, bukan berarti kita rendah.
Tahu bertutur, berarti tahu tunjuk ajar

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kata buruk padahnya.

Apa tanda orang bertuah
Sopan sungguh elok turai
Apa tanda tinggi maruah
Santun berkata elok perangai.

“Kupas kulit ikan siakap
Sembam seekor usah terbakar
Keras hati buruk cakap
Kerana hidup tiada terajar”

“Mahulah ramban batang putat
Bila ramban letak di kati
Malulah pada gelaran adat
Bila becakap menyucuk hati”

“Kalau sudah tangkap barai
Sembam barai atas arang
Kalau sudah buruk turai
Seumur hidup dikenang orang”


Tiada maksud mengajari itik berenang
Tiada maksud pula mengajari limau berduri

Tabik patik orang nan fakir


Petuah Atok (2)


Adat Hidup Orang Melayu
Bergantung Pada Nan Satu
Berpegang Pada Nan Esa

Adat Hidup Orang Melayu
Malang Hidup Celaka Hidup
Bila Tak Tahu Halal Haram

Adat Hidup Orang Melayu
Tuah Hidup Sempurna Hidup
Hidup Berakal Mati Beriman

Adat Hidup Orang Melayu
Berbuat Baik Di Pada Pada
Berbuat Jahat Jangan sekali

Adat Hidup Orang Melayu
Biar Pecah Di Perut
Usah Pecah Di Mulut

Adat Hidup Orang Melayu
Tak Cukup Telapak Tangan
Nyiru Di Tadahkan

Adat Hidup Orang Melayu
Salah Makan dimuntahkan
Salah Patut dikeletaikan

Adat Hidup Orang Melayu
Salah Jalan Berbalik Kepangkal
Sumbing Dititik Patah Ditupang

Adat Hidup Orang Melayu
Adil Arif Bijak Bersusun
Pandai Meniti Zaman Beralun

Kuih Dangai


Bahannya:

1 kg  tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah  secukup rasa.
Sedikit garam.

Caranya:

1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam

2. Bahagikan kepada 2 bahagian

Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan  mentega/ minyak lembu. Kemudian taburkan sedikit gula.

3. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.

4. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan. Kalau hendak cantik gunakan loyang yang panjang.