Asal-usul keris belum
sepenuhnya terjelaskan karena tidak ada sumber tertulis yang deskriptif
mengenainya dari masa sebelum abad ke-15, meskipun penyebutan istilah
"keris" telah tercantum pada prasasti dari abad ke-9 Masehi. Kajian ilmiah
perkembangan bentuk keris kebanyakan didasarkan pada analisis figur di relief bangunan kuno atau berhala. Sementara itu, pengetahuan
mengenai fungsi keris dapat dilacak dari beberapa prasasti dan laporan-laporan penjelajah asing ke
Nusantara, seperti gambar beberapa keris oleh John Anderson saat berkunjung ke Deli dan Sumatera
Timur lainnya pada 1823.
Keris sebagai senjata pendek austronesia ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu.
Keris digunakan untuk mempertahankan diri (misalnya sewaktu berpencak silat) dan sebagai alat kebesara diraja (Regalia). Senjata ini juga merupakan lambang kedaulatan orang Melayu. Keris yang paling masyhur ialah keris Taming Sari yang merupakan senjata Hang Tuah seorang pahlawan Melayu yang terkenal.
Keris Melayu purba telah digunakan antara abad ke IX dan XIV. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.
Keris menurut amalan Melayu tradisional perlu dijaga dengan cara diperasapkan pada masa-masa tertentu, malam Jumaat misalnya. Ada juga amalan menlimaukan keris sebagai cara untuk menjaga logam keris dan juga untuk menambah bisanya.
Bahagian-bahagian keris menurut kaidah melayu, adalah:
- Aring -- Kerawang di pangkal mata keris,
- Balang -- Bahagian sarung keris yang lurus,
- Batir-batir -- Perhiasan pada tuli-tuli keris yang dibuat daripada emas,
- Biji timun -- Sejenis ukiran, sejenis garis-garis pada mata pisau (keris),
- Bunga pamor -- Lukisan pada keris kerana waja putih yang ditempa pada bilah keris,
- Cincin pacat kenyang -- Cincin yang besar dan tebal pada satu bahagian (dipakai untuk melindungi jari sewaktu memegang keris),
- Dagu keris -- Hujung ganja keris, Gandik -- Perhiasan pada hulu keris
- Ganja -- Bahagian keris di antara mata dan hulunya – yang terdiri: Ganja datang = ganja rawan -- Ganja yang dilekatkan pada bilahnya, Ganja iras = ganja menumpu -- Ganja yang bersambung dgn bilahnya.
- Kurai -- Corak (gambar, barik-barik) pada bilah keris dan lain-lain yang berpamor,
- Lambai gajah -- Bahagian mata keris (yang terletak di bawah dagu keris),
- Landaian -- Hulu keris,
- Kelok -- liku pada mata keris,
- Merubi -- Bentuk hulu keris yang seperti ubi,
- Paksi -- Puting (bahagian keris dan lain-lain) yang masuk ke dalam hulunya,
- Panjut -- Warna putih pada hujung mata keris,
- Pendongkok / Dongkok keris -- Gelang-gelang antara hulu dan bilah keris, pemendak (dulang-dulang) keris. Kedongkok. Pemendak,
- Penduk -- Penyalut pada sarung keris daripada emas (perak dan lain-lain).Terapan,
- Penongkok -- Emas dan lain-lain yang disalut pada hulu keris,
- Pestaka -- Kuasa buruk atau baik yang ada pada keris (lembing dan lain-lain),
- Sampir -- Bahagian sarung keris yang di atas sekali, Warangka (Jawa),
- Sigi -- Gelang-gelang daripada besi dan lain-lain (untuk menguatkan pegangan hulu pada puting keris dan lain-lain), temin,
- Tebu-tebu -- Gelang-gelang (pada batang tombak, hulu keris, dan lain-lan),[
· Keris (anak) alang -- Keris yang sederhana panjang bilahnya.